Informasi Permainan Video Terkini
Disgaea 5 Complete Telah Terjual Hampir 200,000 Salinan Seluruh Dunia

Disgaea 5 Complete Telah Terjual Hampir 200,000 Salinan Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Jan 8, 2018 oleh .

Melalui ucapan tahun baru yang diberikan oleh Presiden kepada Nippon Ichi Software Corporation, Shohei Shinkawa mengatakan Disgaea 5 Complete kini telah berjaya terjual hampir 200,000 salinan. Jualan ini dikatakan banyak dibantu oleh jualan salinan untuk konsol Nintendo Switch.

Tambah beliau lagi, mereka juga akan mengeluarkan permainan baru dan sekuel yang memfokuskan untuk PS4 dan juga Nintendo Switch, namun tarikh pelancaran untuknya masih tidak diumumkan lagi. Tahun ini juga Nippon Ichi Software Corporation akan menyambut ulang tahun mereka yang ke 25, dan mungkin kita akan melihat lebih banyak penawaran khusus menarik bersempena dengannya.

Bagi anda sendiri, adakah anda telah mencuba Disgaea 5?