Skip to main content

Joshua Llronte merupakan salah seorang pelajar seni halus dan juga artis 3D yang berasal dari Filipina.  Melalui akaun Reddit bernama Joshua12g, beliau berkongsi peta Overwatch rekaanya sendiri bersama para peminat yang lain.

Peta yang menjadikan Cairo sebagai inspirasi ini mendapat pujian dari Pengarah Overwatch iaitu Jeff Kaplan, bahkan beliau juga mengatakan yang beliau akan menghubungi Llronte berkaitan dengan peta rekaan peminat ini.

Tidak mustahil sekiranya ia menerima pujian dan permintaaan yang tinggi, kita mungkin melihatnya diintegrasikan atau mungkin Joshua Llronte menyertai pasukan pembangunan peta Overwatch di masa hadapan.

Bagi anda yang ingin melihat sendiri peta rekaan Llronte, boleh menonton video berikut. Bagi anda sendiri, apakah pendapat anda dengan rekaan peta daripada peminat ini?

Leave a Reply