Informasi Permainan Video Terkini
Ini Adalah Senarai Permainan Yang Paling Banyak Dimuat-Turun Di PS4 Sepanjang 2017

Ini Adalah Senarai Permainan Yang Paling Banyak Dimuat-Turun Di PS4 Sepanjang 2017

Diterbitkan pada Jan 8, 2018 oleh .

Melalui blog rasmi PlayStation, Sony kini menyenaraikan permainan yang paling banyak di muat-turun pengguna seluruh dunia sepanjang tahun 2017 lepas.  Senarai ini adalah untuk permainan yang di muat-turun dari PlayStation Store dan hanya mengambil kira jumlah muat-turun dan bukannya dari segi pendapatan penuh seperti senarai yang dikeluarkan oleh Steam.

Senarai penuh dibahagikan kepada enam kategori iaitu Permainan PS4, Kandungan Tambahan PS4, Tema PS4, Permainan PS VR, Permainan PS Vita dan juga Permainan Klasik PS.  Anda boleh membaca senarai penuh melalui pautan ini tetapi untuk Permainan PS4 berikut adalah permainan paling banyak di muat-turun;

  1. Call of Duty: WWII
  2. Destiny 2
  3. Friday the 13th: The Game
  4. Horizon Zero Dawn
  5. Grand Theft Auto V
  6. NBA 2K18
  7. Rocket League
  8. Minecraft: PlayStation 4 Edition
  9. Madden NFL 18
  10. Tom Clancy’s Ghost Recon Wildlands

Dua permainan yang dikeluarkan oleh Activision mendahului senarai adalah bukan sesuatu yang mengejutkan.  Call of Duty: WWII baru-baru ini mencapai jumlah pemain melebihi 12 juta di konsol PS4 sahaja.  Destiny 2 selain dari menerima jualan yang agak baik, permainan ini juga banyak melakukan promosi di PS4 seperti promosi bersama pembelian PS Plus.

Satu pekara yang bagi kami sangat positif dari senarai ini adalah Horizon Zero Dawn tersenarai agak tinggi kerana permainan pemain tunggal biasanya lebih dibeli melalui fizikal.  Ini juga dibantu kerana Horizon Zero Dawn sudah beberapa kali mendapat potongan harga.  Tahniah untuk semua permainan yang tersenarai.