Informasi Permainan Video Terkini
The Steam Awards – Senarai Pemenang Permainan Terbaik Bersama Ulasan Kami

The Steam Awards – Senarai Pemenang Permainan Terbaik Bersama Ulasan Kami

Diterbitkan pada Jan 4, 2018 oleh .

The Steam Awards merupakan anugerah tahunan berdasarkan undian permain yang dianjurkan oleh Valve melalui Steam.  Anugerah ini dipekenalkan pada tahun 2016 dan untuk tahun ini merupakan The Steam Awards yang kali kedua.

Apa yang menarik mengenai The Steam Awards adalah nama anugerah mereka tidak mengikut seperti anugerah yang lain tetapi mempunyai nama yang unik bahkan nama juga berbeza di antara The Steam Awards tahun ini dan tahun lepas.

Berikut ada senarai pemenang The Steam Awards dan ulasan kami untuk setiap anugerah:

Choices Matter

Anugerah ini adalah untuk permainan yang mementingkan pilihan permain dalam teknik permainan.

Percalonan: Divinity Original Sin 2, Life is Strange: Before The Storm, The Witcher 3 Wild Hunt, Dishonored 2 dan The Walking Dead A New Frontier.

Ulasan:  Walaupun kami bersetuju pilihan di dalam The Witcher 3 Wild Hunt memberi impak yang agak besar di dalam penceritaan tetapi The Witcher adalah permainan yang dikeluarkan pada tahun 2015, kami berharap The Steam Awards diutamakan untuk permainan yang baru.

Mom’s Spaghetti

Anugerah ini adalah untuk permainan yang membuatkan permain sentiasa berdebar dan dalam keadaan yang genting.

Percalonan: Resident Evil 7, Alien Isolation, Playerunkown’s Battleground, Outlast II, The Evil Within 2

Ulasan: Jika dilihat dalam percalonan hanya PUBG bukan merupakan permainan yang berkonsepkan horror.  Walaupun kami mengakui PUBG boleh menjadi agak mendebarkan tetapi tidaklah setanding dengan permainan seram yang direka khas untuk menakutkan permain.  Bagi kami Resident Evil 7 adalah lebih berhak, tetapi PUBG mempunyai jumlah permain yang tinggi jadi kami tidak terkejut mereka memenanginya.

Labor of Love

Anugerah ini adalah dikhaskan untuk permainan yang sudah lama dikeluarkan tetapi masih menerima pengisian tambahan secara berterusan.

Percalonan: Team Fotress 2 Jungle Inferno, Path of Exile, Warframe, Crusader King II, Titan Quest Anniversary Edition

Ulasan: Kebanyakan percalonan merupakan permainan percuma, untuk permainan yang berasaskan model ini sudah menjadi kemestian untuk permainan ini menerima pengisian tambahan yang kerap bagi memastikan sentiasa menarik minat permain.  Warframe layak untuk memenangi anugerah ini kerana untuk bersaing dengan permainan yang lebih premium mereka perlu memberikan sesuatu yang baru untuk permain.

Suspension of Disbelief

Anugerah ini adalah untuk permainan yang mempunyai teknik permainan yang tidak masuk akal tetapi apabila dimainkan semua itu menjadi sesuatu yang menyeronokkan.

Percalonan: Saints Row IV, South Park: The Fractured but Whole, Rocket League, Goat Simulator, Wolfenstein II

Ulasan: Diatas kertas bermain bola sepak mengunakan kereta semestinya tidak masuk akal tetapi apabila dimainkan Rocket League mempunyai teknik permainan yang sangat menyeronokan, oleh kerana itu agak bersesuaian untuk Rocket League memenangi anugerah ini.

The World Is Grim Enough Let’s Just All Get Along

Anugerah ini adalah untuk permainan yang tidak mempunyai sebarang konflik dan pentempuran.

Percalonan: Cities Skyline, To The Moon, Stardew Valley, Abzu, Slime Rencher

Ulasan: Walaupun Stardew Valley adalah permainan yang tepat untuk memenangi anugerah ini tetapi kami juga berharap anugerah ini dikhususkan untuk permainan terbaru.

No Apologies

Anugerah ini adalah untuk permainan yang tidak sempurna dan mempunyai pelbagai masalah tetapi tidak menghalang untuk permain menyukainya.

Percalonan: Rust, Mount & Blade: Warband, The Witcher, HuniePop, Gothic II

Ulasan: Jika dilihat apa yang dicapai oleh The Witcher 3, permainan pertama dari CD Projekt Red ini tidaklah sempurna.  Kami agak tidak menyukainya semasa awal permainan dikeluarkan tetapi mula menerima dengan baik apa yang dibawa, jadi kami bersetuju dengan pemenang untuk anugerah ini.

Defies Description

Anugerah ini adalah untuk permainan yang sukar untuk diterangkan secara jelas teknik permainanya.

Percalonan: The Stanley Parade, Doki Doki Literature Club, Garry’s Mod, Antichamber, Pony Island

Ulasan: Sehingga sekarang kami tidak mampu untuk menerangkan apa itu Garry’s Mod, jadi anugerah ini sangat bersesuaian untuk permainan ini.

Cry Havoc And Let Slip The Dogs of War

Anugerah ini adalah untuk permainan yang memberikan kebebasan kepada permain untuk mencetus masalah atau malapetaka.

Percalonan: Shadow of War, Total War: Warhammer II, Just Cause 3, Broforce, Red Faction

Ulasan: Teknik permainan Just Cause 3 sendiri boleh dikatakan sandbox untuk mencetus malapetaka kami tidak mempunyai bantahan permainan ini memenangi anugerah ini.

Haunts My Dreams

Anugerah ini adalah untuk permainan yang akan dimainkan oleh permain untuk jangka masa yang lama

Percalonan: Dark Souls III, Civilization VI, Counter Strike: Global Offensive, Dota 2, Factorio

Ulasan: Kami agak terkejut kerana PUBG tidak dicalonkan, tetapi buat masa yang lama Counter Strike merupakan permainan yang mempunyai jumlah permain yang ramai pada satu masa sebelum PUBG mengambil tempat itu.  Kami merasakan PUBG lebih bersesuaian tetapi kerana tidak dicalonkan, Counter Strike adalah pilihan yang tepat.

Soul Of Vitruvius

Anugerah ini adalah untuk permainan yang mempunyai rekaan watak yang terbaik

Percalonan: NieR: Automata, Hellblade: Senua’s Sacrifie, Rise of The Tomb Raider, I Am Bread, Bayonetta

Ulasan: Walaupun Rise of The Tomb Raider mempunyai rekaan watak yang baik tetapi rekaanya tidak unik, pendapat kami NieR: Automata lebih layak untuk memenangi anugerah ini.

Whoooaaaaaaa, Dude! 2.0

Anugerah ini tidak mempunyai penerangan yang jelas selain daripada “Fear and Loathing in Las Vegas” yang merupakan tajuk kepada filem lama.  Mengikut tekaan kami anugerah ini adalah untuk permainan yang mempunyai teknik permainan yang mengujakan.

Percalonan: Hotline Miami 2, Antichamber, The Evil Within 2, Luna, CPU Invaders

Ulasan: Jika tekaan kami tepat mengenai anugerah ini, kami merasakan Antichamber lebih layak untuk menang kerana The Evil Within 2 walaupun satu permainan yang baik tetapi teknik permainan yang diberi agaklah biasa.

Best Soundtrack

Anugerah ini adalah untuk permainan yang mempunyai latar bunyi terbaik.

Percalonan: NieR: Automata, Undertale, Cuphead, Transistor, Crypt of The NecroDancer

Ulasan: Walaupun kami menyukai latar bunyi Cuphead tetapi pendapat kami tiada permainan yang tercalon dapat menandingi latar bunyi NieR: Automata tetapi mungkin kerana NieR tidak mempunyai jumlah permain yang besar di konsol PC.

Even Better Than I Unexpected

Anugerah ini adalah untuk permainan yang mempunyai jangkaan yang tinggi dan bukan sahaja mencapai jangkaan tetapi lebih baik.

Percalonan: Assassin’s Creed Origins, Call Of Duty WWII, Cuphead, Hollow Knight, Sonic Mania

Ulasan: Semasa Cuphead dipertunjukkan di E3 2014 kami sudah teruja dengan potensi permainan ini.  Apabila kami bermainnya, permainan ini sangat menjangkaui jangkaan kami.  Cuphead adalah pemenang yang sangat layak untuk anugerah ini.


TIPS & ULASAN