Bersempena dengan tahun baru, Ghost Games minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan menyertakan kemaskini terbaru buat permainan Need For Speed: Payback dimana pemain berupaya untuk memandu secara bebas di dalam dunia terbuka permainan tersebut secara atas-talian.

Menurut akaun rasmi Twitter Need For Speed, kemaskini tersebut akan disertakan menjelang 2018 ini. Buat masa sekarang, permainan tersebut tidak menyertakan sebarang pemanduan bebas secara atas-talian kecuali ketika pemain menunggu pemain lain sebelum perlumbaan melalui lobi.

Dengan kemaskini ini, pemain berupaya untuk meneroka peta dunia terbuka kawasan Fortune Valley secara atas-talian dan menemui pemain lain tanpa melakukan sebarang perlumbaan. Namun, ketika artikel ini ditulis, Ghost Games dan Electronic Arts masih belum mengumumkan sebarang tarikh pelancaran bagi kemaskini tersebut.

Sohor Kini