Informasi Permainan Video Terkini
Capcom Memperlihatkan Bentuk Multi-Pemain Dan Adegan Aksi-Nyata Buat Devil May Cry 5
PC

Capcom Memperlihatkan Bentuk Multi-Pemain Dan Adegan Aksi-Nyata Buat Devil May Cry 5

Diterbitkan pada Dis 31, 2018 oleh .

Seperti yang dijanjikan oleh Capcom sebelum ini berkenaan edisi Deluxe buat permainan Devil May Cry 5 yang bakal tiba Mac ini. Capcom kini memperlihatkan adegan-adegan aksi-nyata buat permainan tersebut bersama-sama dengan bentuk permainan multi-pemain.

Kandungan tersebut dikongsikan melalui Twitter rasmi permainan Devil May Cry. Tetapi, sebarang informasi tambahan tidak dikongsikan oleh mereka. Akan tetapi ianya merupakan satu bentuk yang menarik terutamanya adegan aksi-nyata yang mana sebelum ini mereka juga pernah memperlihatkannya melalui Devil May Cry 3: Dante’s Awakening sebelum ini. Namun sememangnya adegan tersebut adalah hanya satu ujian lucu sinematik sahaja.

Selain itu, Capcom juga memperlihatkan bentuk permainan multi-pemain dimana pemain berupaya untuk melihat pemain lain bermain bersama-sama mengikut pentas permainan. Namun buat masa ini, kandungan multi-pemain masih belum dikongsi secara terperinci. Seperti biasa, kami percaya menjelang tahun hadapan, Capcom akan berkongsi pelbagai lagi informasi lanjut berkenaannya.

Devil May Cry 5 merupakan permainan Devil May Cry seterusnya oleh Capcom. Permainan ini akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 8 Mac 2019 ini. Sebelum ini kami juga telah membuat pandang pertama buat permainan tersebut melalui demo permainan yang dilancarkan oleh Capcom sebelum ini.


TIPS & ULASAN