Grasshopper Manufacture minggu ini memperlihatkan trailer baharu buat permainan Travis Strikes Again: No More Heroes dimana mereka memperlihatkan dua pentas permainan yang bakal tiba buat permainan tersebut. Dua pentas tersebut adalah Life Is Destroy dan Coffee and Doughnuts. Sebelum ini mereka juga memperlihatkan pentas Electric Thunder Tiger III yang mana juga salah satu pentas permainan buat Travis Strikes Again: No More Heroes.
Melalui kedua-dua video diatas, Grasshopper mempertontonkan bentuk permainan tersebut mengikut pentas dimana pemain bukan sahaja akan bertempur dengan pelbagai jenis musuh, malah ketua musuh yang mempunyai kemahiran yang lebih mencabar. Menariknya, ianya juga memperlihatkan bentuk permainan secara kolaborasi bersama dua pemain.
Travis Strikes Again: No More Heroes merupakan salah satu permainan yang diumumkan ketika Nintendo Direct tahun lepas dimana ianya merupakan yang bertempatkan di dalam dunia No More Heroes yang dilancarkan sebelum di konsol Nintendo Wii.
Travis Strikes Again: No More Heroes akan dilancarkan pada 18 Januari 2019 ini khas di konsol Switch.