Hari ini, Atlus memperacahkan Persona 5 R yang mana sebelum ini terdapat ura-ura berkenaannya. Ura-ura tersebut bermula apabila mereka mula mendaftarkan laman P5R.JP sebelum ini.
Melalui laman tersebut, mereka memperacahkan satu video acah yang memperlihatkan akan terdapat kandungan baharu buat permainan Persona 5. Dari segi platform pula, berdasarkan video acah tersebut, ianya kelihatan bakal tiba di platform Playstation.
Walaubagaimana pun, dari segi informasi tambahan yang lain, Atlus menyatakan bahawa mereka akan umumkannya pada Mac kelak. Bagi anda yang ingin mentonton video acah tersebut, anda boleh berbuat demikian dibawah.