Black Mirror: Bandersnatch adalah filem Netflix Originals untuk siri Black Mirror. Filem ini adalah lain daripada yang lain kerana ia adalah filem interaktif di mana penonton boleh kawal dan tentukan jalan cerita buat filem ini. Dalam filem ini, terdapat lima pengakhiran berbeza dan apa yang penonton pilih akan tentukan sesuatu pengakhiran.

Pada awal filem, watak utama Stefan (lakonan Fionn Whitehead) pergi ke pejabat Tuckersoft untuk mendemo permainan yang beliau bangunkan kepada Colin (lakonan Will Poulter) dan Mohan (lakonan Asim Chaudhry). Sebelum Stefan memperlihatkan permainan beliau ‘Bandersnatch’ Colin mendemo permainan ‘Nohzdyve‘ di mana pemain jatuh dari langit dan perlu mengumpul biji mata dan elak daripada pelbagai halangan. Permainan ini kini boleh dimainkan secara percuma bagi sesiapa yang berminat.

Tetapi, disebabkan ia adalah permainan pada tahun 80-an dan ketika itu permainan video popular pada platform ZX Spectrum – jadi pelagak ZX Spectrum diperlukan. Salah satu pelagak yang percuma di muat turun adalah Fuse – the Free Unix Spectrum Emulator. Kemudian, fail permainan ‘Nohzdyve‘ dengan format .tap perlu dimuat turun dari laman rasmi. Selesai kedua-dua pelagak dan fail permainan dimuat turun, pasang pelagak di PC > tekan ‘File’ > tekan ‘Open’ atau F3 > buka fail nohzdyve.tap > ikut langkah di skrin > mulakan bermain.

Mudah sahaja cara untuk bermain. Jangan risau, tidak seperti dalam filem – versi permainan ini tiada isu buffer error yang disebabkan oleh memori video. Selamat Bermain!

Fail Permainan Nohzdyve Berformat .tap Di Sini

Pelagak ZX Spectrum – Fuse Di Sini


Sohor Kini