Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Hari Ini: SOMA
PC

Permainan Percuma Hari Ini: SOMA

Diterbitkan pada Dis 30, 2018 oleh .

Bagi anda yang berminat permainan bergenre seram, anda pasti akan berminat dengan permainan SOMA yang mana terhad kepada hari ini sahaja, permainan tersebut ditawarkan secara percuma melalui GOG.

SOMA meletakkan pemain di dalam kawasan penyelidikan di dalam air dimana pemain perlu menyelesaikan misteri yang berlaku di kawasan tersebut. Permainan ini juga menyertakan sebilangan bentuk selinap, tekara dan juga elemen seram yang pasti akan memberi pengalaman yang menakutkan buat pemain.

SOMA dibangunkan oleh Frictional Games dan dilancarkan 2015 lepas di PC. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya secara percuma, ianya kini ditawarkan melalui GOG dimana anda boleh melayari pautan dibawah. Namun tawaran ini akan tamat hari ini pada 30 Disember 2018 sekitar 7 malam ini.

GOG: SOMA


TIPS & ULASAN