Skip to main content

From Software, iaitu salah satu pembangun permainan yang terkenal dengan siri Dark Souls dan Bloodborne minggu ini mengumumkan bahawa mereka kini sedang membangunkan dua lagi permainan yang masih belum diumumkan. Seperti kita sedia maklum, antara permainan mereka yang bakal tiba Mac ini, iaitu Sekiro: Shadows Die Twice merupakan permainan seterusnya oleh mereka selepas Déraciné.

Melalui temu-bual oleh 4Gamer.net, Hidetaka Miyazaki iaitu presiden From Software menyatakan bahawa mereka kini sememangnya sedang membangunkan dua lagi permainan yang masih belum diumumkan. Namun, menurut beliau, buat masa ini mereka masih belum sedia unutk mengumum dan berkongsi sebarang informasi berkenaannya.

Sememangnya ini satu berita yang menarik, dimana sebelum ini From Software juga memperacahkan bahawa mereka sedang membangunkan permainan Armored Core dan mungkin salah satu daripada permainan tersebut adalah siri Armored Core terbaru. Walaubagaimana pun, From Software masih belum mengumumkannya secara rasmi dan kami percaya menjelang 2019 ini, mereka pasti akan berkongsi informasi lanjut.

Leave a Reply