Monster Hunter World sememangnya menerima pelbagai jenis acara kolaborasi pelbagai francais sebelum ini seperti Horizon Zero Dawn, The Witcher dan Final Fantasy.

Terkini, Capcom mengumumkan satu lagi acara kolaborasi bersama francais permainan terkenal oleh Ubisoft, iaitu Assassin’s Creed.

Melalui kolaborasi ini, pemain berupaya untuk mendapatkan kostum khas daripada watak-watak siri Assassin’s Creed iaitu Bayek Of Siwa dan Ezio Auditore.

Buat masa ini, acara kolaborasi ini hanya buat pengguna konsol sahaja dahulu sehingga 10 Januari 2019 ini. Bagi pemain PC, Capcom akan umumkannya kemudian.

Melalui acara kolaborasi ini, Capcom akan menyertakan satu misi baharu yang dinamakan SDF: Silent Deadly and Fierce. Misi tersebut akan membawa pemain untuk memburu raksasa berperingkat tinggi dan ganjaran misi tersebut akan membenarkan pemain dapatkan kostum Bayek ataupun pakaian bertudung Ezio.

Menariknya, pakaian bertudung Ezio tersebut, jika pemain memakainya, pemian akan mendapat jumlah serangan tambahan jika pemain menyerang secara selinap. Tambahan itu, pakaian tersebut juga akan meningkatkan kepantasan pemain untuk berlari dan memanjat.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan kelengkapan dan pakaian daripada siri Assassin’s Creed di permainan Monster Hunter World bermula hari ini.

Sohor Kini