Epic Games Store merupakan salah satu kedai permainan digital daripada Epic Games, penerbit Fortnite. Ketika pelancaran tempoh hari untuk platform PC, pihak Epic Games telah mengatakan bakal menawarkan pelbagai permainan secara percuma melalui kedai digital mereka, dan untuk minggu ini mereka menawarkan permainan Super Meat Boy.

Super Meat Boy merupakan permainan berbentuk platformer, dimana anda akan memainkan watak “budak tanpa kulit” dan perlu menyelamatkan teman wanita daripada musuh. Untuk tujuan berkenaan, anda perlu melalui pelbagai aksi – termasuk melompat, dan mengelak halangan.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan ini secara percuma daripada Epic Games Store sehingga 10 Januari 2019 ini.

Muat-Turun Super Meat Boy di Epic Games Store

Sohor Kini