Skip to main content

Black Mirror adalah siri Netflix Originals yang berkait dengan teknologi. Di mana dalam siri ini lebih fokus kepada keburukan teknologi. Ada episod yang ganas, dahsyat, suspen dan mengelirukan. Selepas empat musim siri ini ditayangkan di Netflix, ramai yang nantikan musim terbaru. Tetapi musim terbaru masih tiada lagi petanda kerana, Netflix hanya hadir dengan satu filem Black Mirror – Black Mirror: Bandersnatch.

https://youtu.be/XM0xWpBYlNM

Filem ini adalah lain daripada yang lain, kerana ia adalah filem interaktif di mana penonton boleh tetapkan jalan ceritanya. Ia adalah seperti bermain permainan video Telltale, Minecraft Netflix atau sedikit seperti Detroit: Become Human. Penonton diberi pilihan dua pilihan untuk tentukan apa yang akan terjadi pada babak seterusnya.

Kami di Aksiz akan ulas filem ini dan kongsikan pengalaman kami. Jika anda ingin cuba, boleh buka aplikasi Netflix pada telefon pintar, tablet atau televisyen untuk tonton dan main. Tetapi ia tidak menyokong Chromecast, iPhone dan Apple TV. Untuk iPhone kami rasa ia hanyalah pepijat kerana pilihan itu tidak diberikan. Jadi jangan buang masa, tonton dan marilah pening kepala bersama.

Leave a Reply