Limited Run Games merupakan satu syarikat yang sering mengeluarkan versi fizikal untuk permainan yang dikeluarkan secara digital. Mereka sebelum ini mengumumkan versi fizikal buat permainan Celeste oleh Matt Makes Games.
Hari ini, mereka mengumumkan edisi collector bagi permainan tersebut untuk Playstation 4 dan Switch. Selain menyertakan permainan tersebut secara fizikal, ia juga menyertakan plush strawberi, bekas Steelbook, poster, kaset yang mengandungi muzik latar permainan tersebut, pelekat, lencana dan poskad.
Edisi tersebut dijual dengan terhad dan berharga $79.99(~RM332), ia boleh di pra-tempah melalui laman Limited Run Games bersama dengan versi fizikal edisi biasa.
[info]Bacaan Lanjut: Ulasan Celeste – Antara Permainan Platformer Terbaik Pernah Dikeluarkan[/info]