Informasi Permainan Video Terkini
Cliff Bleszinski Kini Menyertai Teater Broadway Sebagai Penerbit

Cliff Bleszinski Kini Menyertai Teater Broadway Sebagai Penerbit

Diterbitkan pada Dis 28, 2018 oleh .

Cliff Bleszinski iaitu salah satu pembangun permainan video terkenal dengan siri Gears Of War, kini mengumumkan bahawa beliau akan menerbitkan teater Broadway, Hadestown.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan Cliff Bleszinski, beliau merupakan salah satu pembangun yang terlibat dengan siri Gears Of War dan juga Unreal. Sebelum ini, beliau juga mendirikan studio pembangun beliau sendiri, iaitu Boss Key Production dan melancarkan dua permainan iaitu Lawbreakers dan Radical Heights. Namun, kedua-dua permainan tersebut gagal dari segi pasaran dan studio tersebut telahpun ditutup.

Kini, tampaknya Cliff Bleszinski telah meninggalkan industri permainan video dan bergerak ke arah hiburan teater Broadway di New York, Amerika Syarikat. Menurut beliau, beliau hanya terlibat di dalam produksi teater tersebut sebagai pelabur dari segi penerbitan.

Walaupun begitu, sememangnya ini merupakan satu pengumuman yang mengejutkan dan kami di Aksiz ingin mengucapkan selamat maju jaya buat beliau di dalam arena industri hiburan teater.


TIPS & ULASAN