Project Boundary iaitu salah satu permainan dibawah initatif China Hero Project oleh Studio Surgical Scalpels, kini mendapat satu video acah khas yang mempertontonkan bentuk permainannya yang bertemakan perayaan krismas dengan senjata dan pentas permainan baharu.

Berdasarkan video yang dipertayangkan di atas, pembangun memperlihatkan sebilangan kostum yang bertemakan perayaan krismas bersama-sama peta kawasan yang dihiaskan dengan pelbagai lampu hiasan khas.

Project Boundary merupakan permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan bentuk kawasan di angkasa lepas. Buat masa ini ianya dikatakan bakal tiba di Playstation 4 secara esklusif. Namun, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan dan menurut mereka, ianya bakal tiba tahun hadapan

Sohor Kini