Skip to main content

Katsuhiro Harada, iaitu penerbit buat siri permainan Tekken hari ini mengumumkan bahawa beliau kini akan bertanggungjawab untuk menyelia permainan perlawanan E-sukan di Bandai Namco. Permainan E-sukan tersebut adalah siri Dragon Ball FighterZ, Tekken dan Soul Calibur.

Melalui kenyataan beliau di Twitter, beliau kini adalah penyelia dan juga ketua bagi pasukan strategi permainan perlawanan e-sukan di Bandai Namco. Tambah beliau, beliau sendiri akan masih lagi bertanggungjawab untuk penerbitan permainan.

Beliau juga mengatakan bahawa Bandai Namco komited untuk mengembangkan lagi kejohanan dan komuniti bagi ketiga-tiga siri permainan perlawanan tersebut dan akan terus menyokong pelbagai kejohanan yang bakal di adakan oleh komuniti. Mereka juga menyatakan bahawa mereka akan memberi sokongan dan bantuan buat aktiviti komuniti pada masa akan datang.

Sememangnya ini satu tindakan yang bagus bagi pihak Katsuhiro Harada memandangkan beliau mempunyai pengalaman di dalam arena permainan perlawanan. Tambahan itu, dengan terlibatnya beliau di dalam arena e-sukan, kami pasti ketiga-tiga permainan tersebut iaitu Dragon Ball FighterZ, Tekken 7 dan juga Soul Calibur VI akan terus berkembang pada masa akan datang.

Leave a Reply