Skip to main content

Melalui laporan Gematsu, ESRB (Entertainment Software Rating Board) hari ini baru sahaja mengemaskini laman mereka dengan menilai untuk permainan Serious Sam Collection buat konsol Playstation 4 dan Xbox One. Penilaian tersebut boleh dilihat melalui laman rasmi ESRB.

Buat masa ini tidak banyak informasi yang dikongsikan namun memandangkan ESRB telahpun memberi penilaian, kami percaya koleksi permainan ini akan tiba kelak, sekurang-kurangnya awal tahun hadapan.

Serious Sam Collection sebelum ini telahpun dilancarkan di Playstation 3 dan Xbox 360 yang mana ianya merupakan koleksi permainan daripada siri Serious Sam. Melaluinya, koleksi tersebut menyertakan Serious Sam HD: The First Encounter, Serious Sam HD: The Second Encounter, Serious Sam 3: BFE dan Serious Sam: Double D XXL.

Leave a Reply