Sebelum ini, Capcom menyertakan pengiklanan di dalam permainan Street Fighter V yang mana ianya meletakkan pelbagai iklan di dalam pentas dan watak permainan tersebut.

Terkini, tampaknya melalui laporan Engadget, pengiklanan tersebut telahpun dipadamkan oleh Capcom secara senyap tanpa sebarang pengumuman. Buat masa ini, Capcom tidak memberi sebarang kenyataan berkenaannya dan sebelum ini juga Capcom menyatakan bahawa mereka sememangnya mendengar maklum balas oleh pemain.

Namun, tidak dapat dinafikan bahawa pengiklanan tersebut mendapat kritikan yang teruk memandangkan ianya merosakkan sebilangan visual watak seperti tulisan Jepun di belakang Akuma yang digantikan dengan iklan seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini.

Walaubagaimana pun, Capcom masih belum berkongsi sebarang informasi mahupun pengumuman rasmi berkenaannya. Ini juga tidak bermakna pengiklanan tersebut akan terus dibuang dan ianya juga mungkin bakal kembali pada masa akan datang. Walaupun begitu, kami pasti mereka akan kongsikan sebarang informasi baharu kelak dan kami akan mengemaskininya apabila pihak Capcom mengumumkannya

Sohor Kini