Skip to main content

Bagi anda yang mempunyai set kepala realiti-maya Playstation VR, anda mungkin berminat untuk mencuba aplikasi khas Utada Hikaru Laughter in the Dark Tour 2018 VR yang mana ianya mempertontonkan konsert Utada Hikaru buat lagu Hikari dan Chikai, yang mana ianya merupakan muzik daripada siri Kingdom Hearts.

https://www.youtube.com/watch?v=ImwNYkC0B3Y

Aplikasi ini dilancarkan khas sempena pelancaran permainan Kingdom Hearts 3 yang bakal tiba Januari ini. Melalui aplikasi ini, anda berupaya untuk menonton persembahan Utada Hikaru menyanyikan muzik Hikari dan Chikai secara realiti-maya.

Menariknya adalah aplikasi ini adalah percuma buat pelanggan Playstation Plus dimana anda berupaya untuk memuat-turunnya sekarang melalui PSN Store.

[download] PSN Store: Utada Hikaru Laughter In The Dark VR [/download]

Leave a Reply