Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Playstation Plus Bulan Januari 2019 Diumumkan – Menyertakan The Division Dan Steep

Permainan Percuma Playstation Plus Bulan Januari 2019 Diumumkan – Menyertakan The Division Dan Steep

Diterbitkan pada Dis 27, 2018 oleh .

Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan Playstation Plus bagi bulan Januari 2019 ini.

Kali ini, Sony membawa 3 permainan untuk pelanggan Playstation Plus. Bermula 10 Januari 2019 sehingga 6 Februari 2019 ini. Permainan yang disertakan adalah;

  • Tom Clancy’s The Division (PS4)
  • Steep (PS4)
  • Severed (PSVita)
  • Zone Of The Enders HD Edition (PS3)

Selain itu, Sony juga menyertakan tema khas Playstation 4 Toro bertemakan musim salji dimana ianya boleh dimuat-turun bermula 10 Januari sehingga 6 Mac. Manakala aplikasi muzik khas PMN Final Fantasy Sound Collection juga disertakan khas buat pelanggan Playstation Plus bermula 10 Januari sehingga 31 Julai.

Bagi anda yang ingin memuat-turun senarai permainan di atas. Anda boleh melayari laman rasmi Playstation Plus untuk memuat-turunnya.


TIPS & ULASAN