Informasi Permainan Video Terkini
Luma Diumumkan Sebagai Watak Seterusnya Untuk Mario Tennis Aces – Tiba Bermula Januari 2019

Luma Diumumkan Sebagai Watak Seterusnya Untuk Mario Tennis Aces – Tiba Bermula Januari 2019

Diterbitkan pada Dis 27, 2018 oleh .

Luma merupakan watak berbentuk bintang yang pertama kali menampilkan diri di dalam Super Mario Galaxy. Hari ini, Nintendo mengumumkan yang watak tersebut akan menjadi watak seterusnya untuk Mario Tennis Aces.

Melalui video yang dikongsikan, Nintendo memperlihatkan bagaimana Luma akan beraksi di dalam permainan tersebut. Pemain akan boleh mendapatkan watak tersebut dengan bermain kejohanan dalam talian bermula 1 sehingga 31 Januari 2019. Luma akan boleh digunakan untuk semua bermula 1 Februari 2019.

Nintendo juga sebelum ini mengumumkan Shy Guy dan Petey Piranha akan tiba pada 1 Januari 2019 ke permainan tersebut. Mario Tennis Aces merupakan permainan tenis buat siri permainan Mario yang mana ia dikeluarkan secara eksklusif buat Nintendo Switch pada 22 Jun lepas.


TIPS & ULASAN