Permainan mudah alih Final Fantasy Brave Exvius telah menerima pelbagai acara yang menyertakan watak daripada siri permainan lain. Antaranya adalah Deus Ex, Dragon Quest dan Lara Croft.
Minggu ini, Square Enix mengumumkan acara berdasarkan siri permainan Kingdom Hearts pula akan dianjurkan untuk permua tersebut. Melalui acara tersebut, akan disertakan dua watak iaitu Sora dan Cloud daripada Final Fantasy 7 versi Kingdom Hearts yang boleh dimiliki pemain.
Acara tersebut akan bermula pada 29 Disember 2018 dan mereka juga menyertakan video acah untuknya.