O’ol Blue Inc hari ini melancarkan permainan bergenrekan pertahanan kubu iaitu MINImax Tinyverse secara akses awal. Menariknya, ianya merupakan permainan percuma melalui Steam dan ianya boleh dimuat-turun sekarang.
MINImax Tinyverse merupakan permainan pertahanan kubu dimana pemain akan bertempur dan menahan pangkalan pemain daripada diserang oleh musuh. Pemain juga berupaya untuk memilih sebilangan watak untuk digunakan untuk bertempur bersama-sama barangan sokongan lain.
Bersempena dengan pelancarannya, O’ol Blue Inc juga melancarkan pek DLC khas Two Realms Unlock Pack dengan harga RM44. DLC pek tersebut akan membenarkan pemain untuk menyah-kunci sebilangan kandungan permainan tersebut seperti watak-watak bersama-sama mata wang maya.
Buat masa ini ianya merupakan permainan akses awal esklusif percuma di Steam. Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, anda boleh ke laman rasmi Steam dibawah.
[download] Steam : MINImax Tinyverse [/download]