GTA Online sebelum ini menerima mod Arena Wars yang memberi peluang kepada pemain untuk melakukan pekerjaan baharu iaitu perlumbaan kereta secara melampau di dalam Maze Bank Arena.
Mod tersebut mempunyai pelbagai bentuk permainan yang berbeza. Hari ini, Rockstar Games mengumumkan satu lagi mod permainan untuk Arena Wars disertakan iaitu Bomb Ball.
Mod tersebut adalah bentuk permainan yang diperkenalkan oleh Rocket League, dan tampaknya melalui video acah yang diperlihatkan oleh mereka, versi GTA Online adalah lebih melampau seperti mana tema untuk Arena Wars.