Seperti yang dijanji oleh Square-Enix sebelum ini, ketika acara Jump Festa 2019 yang berlangsung minggu lepas, mereka mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age S ke konsol Switch. Buat masa ini, ianya diumumkan buat pasaran jepun dimana ianya bakal tiba tahun hadapan
Menurut penerbit permainan tersebut, Hokuto Okamoto, mereka akan menyertakan pengakhiran yang berbeza buat permainan tersebut bersama-sama suara latar bahasa Jepun.
Namun, dari segi informasi lain mereka masih belum dikongsikan. Akan tetapi menurut Square-Enix, mereka akan mengumumkan sesuatu berkenaan permainan ini pada awal tahun hadapan.
Selain itu buat pasaran global, ianya masih belum diumumkan. Akan tetapi kami percaya Square-Enix akan melancarkannya secara global di Switch memandangkan permainan tersebut mendapat sambutan yang baik di kalangan peminat.
Dragon Quest XI: Echoes of An Elusive Age sebelum ini telahpun dilancarkan di Playstation 4 dan kami sendiri di Aksiz juga sangat menyukai permainan tersebut dan bagi anda yang berminat untuk menonton atau membaca ulasan kami, anda boleh ke pautan dibawah.