Skip to main content

Pengarah Super Smash Bros Ultimate Masashiro Sakurai melalui penulisan di majalah permainan video Jepun Famitsu berkongsi lanjut bagaimana watak DLC pertama untuk permainan tersebut diperlihatkan di The Game Awards 2018. Beliau juga menyentuh masalah utama yang dialami oleh Super Smash Bros Ultimate iaitu bermain secara dalam talian.

Mengenai Joker, beliau mengatakan yang Nintendo meminta beliau untuk mengumumkan watak Joker daripada Persona 5 sebagai DLC pertama untuk Super Smash Bros Ultimate. Namun, pada masa itu, pembangunan untuk Joker masih tidak bermula dan mereka tidak mempunyai sebarang bentuk permainan yang boleh diperlihatkan.

Selepas melihat tempat The Game Awards berlangsung, barulah beliau mendapat idea untuk membuatkan Joker menyelinap ke tempat tersebut dan mencuri ‘treasure’ iaitu kad jemputan untuk memasuki Super Smash Bros Ultimate. Beliau juga biasa dengan Persona 5 yang membuatkan penulisan dialog untuk adegan tersebut mudah.

Mengenai watak-watak DLC seterusnya, beliau tidak pasti akan menerima video seperti Joker ataupun sekadar menerima video bentuk permainan. Namun, beliau akan memastikan setiap pengumuman adalah sesuatu yang disukai oleh pemain.

Selain daripada itu, beliau juga menjawab kritikan daripada pemain mengenai masalah kelancaran serta sambungan apabila bermain secara dalam talian. Beliau mengatakan, masalah tersebut sudah disedari oleh mereka dan akan bermula untuk mencari penyelesaian. Beliau juga mengatakan semasa penulisan di Famitsu dikeluarkan, masalah ini mungkin sudah diselesaikan.

Ini adalah satu perkongsian yang menarik oleh Sakurai, namun masalah bermain secara dalam talian masih tidak diselesaikan. Kami sendiri setakat ini tidak dapat mencuba bermain secara dalam talian kerana masalah sambungan.

Leave a Reply