Skip to main content

K/DA merupakan kumpulan K-POP maya yang terdiri daripada empat watak untuk permainan MOBA League of Legends iaitu Ahri, Akali, Evelynn dan Kai’Sa. Lagu pertama yang dikeluarkan oleh mereka adalah POP/STARS untuk mempromosi kostum permainan tersebut.

Lagu serta muzik video kumpulan tersebut menjadi kesukaan ramai tidak kira yang bermain ataupun tidak League of Legends. Beat Saber pada minggu lepas mengumumkan kerjasama bersama Riot Games untuk membawa permainan tersebut ke permainan rentak muzik realiti maya mereka.

Bersama dengan pengumuman tersebut mereka memperlihatkan Madison Beer bermain Beat Saber. Beliua merupakan penyanyi yang memberikan suara kepada Evelynn untuk kumpulan tersebut.

Beat Saber sudah dikeluarkan untuk PC secara akses awal pada Mei lepas dan untuk Playstation 4. Ia memerlukan perkakas realiti maya untuk dimainkan.

Leave a Reply