Informasi Permainan Video Terkini
Beyond Good And Evil 2 Memerlukan Sambungan Internet – Walaupun Bermain Secara Solo

Beyond Good And Evil 2 Memerlukan Sambungan Internet – Walaupun Bermain Secara Solo

Diterbitkan pada Dis 26, 2018 oleh .

Seperti perkongsian sebelum ini, Beyond Good and Evil 2 merupakan permainan yang memfokuskan kepada koperasi dan bermain bersama rakan secara dalam talian. Menariknya, walaupun bermain bersama rakan, akan tetapi rakan anda boleh melakukan perkara sendiri dan tidak memerlukan untuk sentiasa bersama.

Melalui satu sesi soal-jawab bersama komuniti, antara soalan yang diajukan adalah sama ada permainan tersebut memerlukan sambungan internet jika bermain secara solo. Ubisoft mengatakan Beyond Good and Evil 2 adalah permainan dalam talian dan multi-pemain ia menyediakan pelbagai pengalaman koperasi yang kaya.

Oleh disebabkan itu, permainan tersebut sentiasa memerlukan sambungan internet. Walaupun pemain boleh bermain secara solo akan tetapi ia masih memerlukan sambungan internet. Ini adalah satu perubahan yang besar jika ingin dibandingkan dengan permainan Beyond Good and Evil sebelum ini yang memfokuskan kepada permainan solo.


TIPS & ULASAN