Atlus sebelum ini sudah membeli pelbagai domain yang berkait dengan Persona. Persona Central hari ini, melaporkan yang satu domain iaitu P5R.jp yang dibeli oleh Atlus pada tahun lepas, kini menerima nameserver baharu, menurut mereka nameserver tersebut adalah yang digunakan oleh Atlus.
Berdasarkan pengalaman sebelum ini ia menandakan sesuatu yang berkait dengan Persona 5 R akan diumumkan tidak lama lagi. Sebagai contoh PQ2.jp menerima kemaskini nameserver pada 27 Julai 2017 dan permainan Persona Q2 diumumkan 6 hari selepas itu. Manakala fullbody.jp diubah nameserver pada 11 Disember 2017 dan Catherine: Full Body diumumkan 8 hari kemudian.

Buat masa ini tidak kepastian mengenai apa yang dimaksudkan untuk Persona 5 R, namun ramai yang menjangkakan ia adalah Persona 5 yang akan disertakan dengan pelbagai penambahan dan mungkin dikeluarkan untuk konsol Switch. Seperti Persona 4 Golden yang dikeluarkan untuk PS Vita.
Menutur Persona Central lagi, acara terdekat yang berkait dengan Persona adalah Dark Sun iaitu acara khas untuk Persona 5 the Animation yang akan berlangsung pada 30 Disember 2018.