Selepas Seminggu Dikeluarkan Gris Sudah Mendapat Keuntungan

Gris merupakan permainan platformer yang dibangunkan oleh Nomada Studio dan diterbitkan oleh Devolver Digital pada 13 Disember untuk Switch dan PC.

Selepas seminggu dikeluarkan, walaupun terhad untuk dua platform sahaja, pembangun permainan tersebut mengumumkan yang hasil jualan Gris telah berjaya mendapat kembali kos pembangunan dan telah mencapai keuntungan.

Walaupun kami tidak berkesempatan untuk mencuba akan tetapi sangat tertarik dengan rekaan grafik permainan ini. Ia bagi kami merupakan antara tarikan utama untuk permainan ini selain mendapat ulasan yang positif.

Sohor Kini