Informasi Permainan Video Terkini
A Hat In Time Terjual Sebanyak 1 Juta Unit Selepas Setahun Dikeluarkan
PC

A Hat In Time Terjual Sebanyak 1 Juta Unit Selepas Setahun Dikeluarkan

Diterbitkan pada Dis 24, 2018 oleh .

A Hat in Time merupakan permainan pengembaraan aksi dan platformer yang dibangunkan oleh Gears for Breakfast. Ia dikeluarkan pada November lepas untuk PC dan Disember untuk Playstation 4 dan Xbox One.

Melalui kuciran di akaun Twitter rasmi permainan tersebut, Gears for Breakfast mengumumkan yang permainan tersebut kini sudah terjual sebanyak 1 juta unit selepas setahun dikeluarkan.

Permainan ini juga diumumkan untuk Nintendo Switch, namun buat masa ini tiada tarikh yang tetap diumumkan. Dengan pengeluaran untuk Switch, jumlah terjual sudah semestinya bertambah.


TIPS & ULASAN