Selain mengumumkan jualan bersempena Krismas di PlayStation Store, Sony juga menawarkan potongan 15% untuk kesemua pembelian anda. Namun, ia terhad untuk sekali sahaja bagi satu akaun.
Oleh disebabkan itu, untuk mendapat potongan yang lebih pastikan anda membeli sebanyak yang mampu secara serentak. Untuk mendapatkan potongan harga ini, anda perlu menggunakan kod ini NQFTB7THQN ini sebelum membayar.
Tawaran ini boleh digunakan untuk kesemua permainan, kecuali barangan di dalam permainan, pra-tempah serta langganan PS Plus. Jadi pastikan anda menggunakan kod tersebut sebelum membuat pembayaran.