Skip to main content

Paladins dibangunkan oleh Evil Mojo Games dan diterbitkan oleh Hi-Rez Studios untuk Playstation 4, Xbox One dan PC secara penuh pada 8 Mei 2018 sebelum turut tiba untuk Switch pada 12 Jun 2018. Ia merupakan permainan permainan tembak-menembak hero.

Paladins minggu ini mengumumkan musim ke-2 buat permainan tersebut yang menyertakan pelbagai kandungan baharu. Antaranya adalah hero ke-40 iaitu Imani yang merupakan watak DPS.

Mereka juga mengumumkan Battle Pass baharu iaitu Battle Suit Battle Pass yang menyertakan lebih 100 barangan setiap kali pemain meningkat tahap untuk musim ini, ia adalah seperti Battle Pass untuk Fortnite. Menariknya, melalui Battle Pass tersebut ia menyertakan kostum Battlesuit, untuk watak Kinessa, Furia dan Androxus.

Paladins juga kini menyokong fungsi rentas-platform. Melaluinya pemain kini akan bertempur dengan pemain-pemain daripada platform lain tetapi terhad kepada pemain yang menggunakan alat kawalan yang sama. Pemain juga boleh menutup fungsi tersebut akan tetapi akan melamakan masa menunggu.

Buat masa ini, fungsi tersebut terbuka untuk pemain di Xbox One, Switch dan PC. Namun, mereka mengatakan secara teknikal mereka mampu untuk membuka fungsi tersebut di platform lain jika dibenarkan.

Leave a Reply