Informasi Permainan Video Terkini
Celeste Terjual Sebanyak 500 Ribu Unit Setakat Ini – Peringkat Baharu Disertakan Awal Tahun 2019

Celeste Terjual Sebanyak 500 Ribu Unit Setakat Ini – Peringkat Baharu Disertakan Awal Tahun 2019

Diterbitkan pada Dis 24, 2018 oleh .

Celeste merupakan permainan platformer yang dibangunkan oleh Matt Makes Games, ia dikeluarkan pada Januari lepas untuk Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Minggu ini, pembangun permainan tersebut Matt Thorson mengumumkan yang Celeste telah terjual sebanyak 500 ribu unit sejak dikeluarkan. Buat permainan indie, ini adalah satu pencapaian yang baik.

Selain itu, beliau juga mengumumkan yang bakal memberi peringkat baharu buat permainan tersebut sebagai satu ucapan selamat tinggal sebelum mereka membangun permainan baharu. Kandungan tersebut bakal hadir pada awal tahun 2019 dan dikatakan mempunyai tahap kesukaran yang tinggi.

Celeste bagi kami, merupakan satu permainan yang sangat baik dan merupakan salah satu permainan terbaik tahun ini. Anda boleh baca ulasan penuh kami untuk permainan tersebut menggunakan pautan di bawah.

Bacaan Lanjut: Ulasan Celeste – Antara Permainan Platformer Terbaik Pernah Dikeluarkan


TIPS & ULASAN