Informasi Permainan Video Terkini
Senarai Permainan E-Sukan Untuk Sukan Asia Tenggara 2019 Diumumkan

Senarai Permainan E-Sukan Untuk Sukan Asia Tenggara 2019 Diumumkan

Diterbitkan pada Dis 21, 2018 oleh .

Sukan Asia Tenggara 2019 yang bakal berlangsung di Manila, Filipina bermula 30 November sehingga 10 Disember 2019 bakal membawa satu kelainan, apabila menjadikan acara e-sukan sebagai acara yang menyumbangkan pingat.

Sebelum ini mereka hanya mengumumkan yang Razer merupakan penaja utama buat kejohanan e-sukan di acara tersebut, manakala untuk senarai permainan, hanya Mobile Legends disahkan.

Hari ini, selepas perbincangan di Philippine SEA Games Organizing Committee (PHISGOC), kesemua permainan akhirnya diumumkan. Seperti sedia maklum, 2 permainan adalah untuk kategori telefon pintar, 2 permainan untuk Playstation 4 dan 2 lagi untuk PC. Berikut adalah senarai permainan;

  • Telefon Pintar: Mobile Legends, Arena of Valor
  • Playstation 4: Tekken 7, NBA 2K19
  • PC: Dota 2, StarCraft II

Acara e-sukan kali ini sudah semestinya menjadi perhatian kerana ia juga akan menyumbangkan pingat kepada negara yang memenangi acara tersebut.


TIPS & ULASAN