Bagi yang ternanti-nanti, hari ini Steam akhirnya memulakan jualan musim sejuk mereka. Seperti biasa, ia menyediakan pelbagai potongan harga untuk permainan yang ditawarkan.
Selain itu, Steam juga menyediakan Extremely Cozy Cottage, dimana setiap hari pengguna boleh membuka satu pintu yang akan memberikan tiga barangan digital antaranya adalah penghias profil dan emoticons.
Seperti yang diumumkan sebelum ini, anda juga kini boleh mengundi untuk 2018 Steam Awards. Secara keseluruhan terdapat 8 kategori termasuk permainan terbaik dan pembangun terbaik. Jangan lepaskan peluang untuk mengundi.
[info]Bacaan Lanjut: Senarai Pencalonan Steam Awards[/info]Berbalik, kepada jualan musim sejuk, berikut adalah antara permainan yang menarik dan ditawarkan dengan harga yang sangat berbaloi.
- Assassin’s Creed Odyssey –
RM209RM104.50 - Monster Hunter: World –
RM139RM91.74 - Sid Meier’s Civilization VI –
RM179RM53.70 - Middle-earth: Shadow of War –
RM105RM26.25 - XCOM 2 –
RM190RM47.50 - Overcooked! & Overcooked! 2 –
RM83RM38.47 - Shadow of the Tomb Raider –
RM238RM119 - Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age –
RM249RM149.40 - Kingdom Come: Deliverance –
RM105RM52.50 - Pillars of Eternity II: Deadfire –
RM80RM52.80