Ubisoft semalam memperacah kandungan berdasarkan siri permainan Assassin’s Creed bakal tiba buat permainan dalam talian mereka For Honor.
Hari ini, melalui satu video acah, mereka akhirnya mengumumkan acara tersebut secara rasmi. Acara yang digelar sebagai For the Creed akan berlangsung bermula hari ini sehingga 10 Januari 2018.
Melalui acara tersebut, terdapat mod baharu iaitu Dominion yang memperlihatkan Assassin bertempur dengan Templar. Pemain juga boleh menggunakan senjata dan barangan kosmetik bertemakan Assassin’s Creed.
Tidak berhenti setakat itu, mereka juga akan menggunakan persekitaran serta muzik latar berdasarkan siri popular tersebut. Bagi pemain For Honor yang meminati Assassin’s Creed, ini sudah semestinya sesuatu yang sangat menarik.
For Honor telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.