Permainan Percuma Hari Ini: LEGO Lord Of The Rings

Jika sebelum ini Humble memberikan LEGO The Hobbit secara percuma, kini mereka memberikan satu lagi permainan LEGO dan masih berdasarkan siri yang sama iaitu LEGO Lord of the Rings.

Permainan ini dikeluarkan pada 2012 dan dikeluarkan untuk hampir kesemua platform termasuk sebagai permainan mudah alih. Ia adalah permainan yang menyertakan penceritaan berdasarkan semua siri Lord of the Rings iaitu The Fellowship of the Ring, The Two Towers, dan The Return of the King.

Tawaran percuma ini adalah terhad sehingga 22 Disember 2018 sahaja dan untuk yang melanggani surat berita mereka, jadi pastikan anda tidak terlepas untuk mendapatkannya.

Humble Store: LEGO Lord of the Rings

Sohor Kini