Informasi Permainan Video Terkini
Peta Vikendi Kini Sudah Boleh Dimainkan Pada PUBG Mobile

Peta Vikendi Kini Sudah Boleh Dimainkan Pada PUBG Mobile

Diterbitkan pada Dis 21, 2018 oleh .

PUBG Mobile merupakan salah satu permua yang agak popular, mempunyai lebih 200 juta pemain seluruh dunia. Terkini, dalam terus menawarkan kandungan menarik kepada pengguna, pihak PUBG Mobile telah pun menambah penawaran peta permainan baru, dinamakan Vikendi.

Vikendi merupakan peta yang mengambil lokasi sekitar kawasan bersalji. Menariknya, melalui peta bersalji ini, ia turut merakamkan kesan tapak kaki dan kenderaan di atas salji – sekaligus membolehkan anda mengetahui dimanakah musuh berada dan sebagainya. Hal ini sekaligus membawa kepada bentuk permainan yang lebih strategik berbanding beberapa peta permainan sebelum ini.

Bagi anda yang memainkan PUBG Mobile, anda sudah boleh memuat-turun dan memainkan permainan Battle Royale berkenaan di peta baru ini hari ini.

Muat-Turun PUBG Mobile pada Android

Muat-Turun PUBG Mobile pada Android


TIPS & ULASAN