Informasi Permainan Video Terkini
Kostum Spider-Man Rekaan Sam Raimi Kini Hadir Untuk Marvel’s Spider-Man

Kostum Spider-Man Rekaan Sam Raimi Kini Hadir Untuk Marvel’s Spider-Man

Diterbitkan pada Dis 20, 2018 oleh .

Marvel’s Spider-man sudah menerima pelbagai kostum untuk permainan asal, ditambah lagi dengan beberapa kostum yang hadir melalui DLC The City That Never Sleeps. Namun, ramai pemain yang meminta kostum rekaan Sam Raimi yang digunakan dalam filem Spider-man lakonan Tobey Maguire.

Pada awalnya ia adalah sekadar permintaan kosong, kemudian ia mencetus masalah apabila pemain mula mendesak pekerja Insomniac Games untuk menyertakan kostum tersebut.

Akhirnya, pemain yang meminta kostum tersebut dapat apa yang diminta apabila Insomniac Games dan Sony hari ini mengumumkan yang kostum tersebut akan hadir ke permainan tersebut secara percuma untuk kesemua pemain yang memiliki permainan tersebut.

Ini betul-betul satu kejutan, dan kami berharap perkara ini tidak lagi menjadi masalah.


TIPS & ULASAN