Microsoft Mencipta Lengan Prostetik Bertemakan Halo

Limbitless Solutions merupakan badan kebajikan yang memfokuskan usaha mereka untuk memberi lengan prostetik kepada kanak-kanak yang memerlukannya. Mereka sering mengeluarkan lengan prostetik yang mempunyai rekaan menarik.

Melalui kerjasama bersama dengan 343 Industries, mereka menghasilkan lengan prostetik yang bertemakan Halo. Rekaan yang digunakan adalah berdasarkan perisai Mark VI untuk Master Chief. Menariknya, penerima lengan tersebut boleh memilih untuk menggunakan warna yang mereka inginkan.

Oleh disebabkan lengan-lengan tersebut adalah atas kebaikan penderma, penerima akan mendapatnya secara percuma. Selain Microsoft, Limbitless Solutions juga menghasilkan lengan prostetik bertemakan Iron Man dan berdasarkan permainan MOBA Riot iaitu League of Legends.

Sohor Kini