Informasi Permainan Video Terkini
Fortnite Menerima Peta Pertama Rekaan Pemain – Kini Terdapat Di The Block

Fortnite Menerima Peta Pertama Rekaan Pemain – Kini Terdapat Di The Block

Diterbitkan pada Dis 20, 2018 oleh .

Di acara The Game Awards 2018 lepas, Fortnite mengumumkan The Block, ia merupakan satu bahagian peta yang sebelum ini tempat untuk Risky Reels. The Block akan digantikan dengan peta-peta rekaan pemain melalui mod Creative.

Epic Games hari ini mengumumkan peta pertama rekaan pemain kini sudah diletakkan di The Block dan pemain boleh mula bermain di peta tersebut. Peta yang dinamakan Grimy Greens Factory direka oleh pemain dengan nama di dalam permainan ‘kaancitak’.

Oleh disebabkan ia adalah satu peta yang baharu, kemungkinan besar ramai yang terjun ke kawasan tersebut, pastikan anda pantas untuk mencari senjata. Pereka peta tersebut turut berkongsi satu video yang memperlihatkan rekaannya.

Buat masa ini, Epic Games tidak mengesahkan kekerapan The Block akan bertukar.


TIPS & ULASAN