Informasi Permainan Video Terkini
Ubisoft Menawarkan Anno 1602 Secara Percuma Sehingga 23 Disember 2018
PC

Ubisoft Menawarkan Anno 1602 Secara Percuma Sehingga 23 Disember 2018

Diterbitkan pada Dis 20, 2018 oleh .

Anno 1602 merupakan permainan pertama yang dikeluarkan buat siri ini. Ia dikeluarkan pada tahun 1998. Bersempena ulang tahun ke-20 permainan tersebut, Ubisoft menawarkan Anno 1602 secara percuma.

Anno adalah permainan strategi masa nyata yang dicampurkan dengan simulasi pembinaan bandar. Pemain boleh menjumpai satu kawasan baharu serta membina penempatan, pemain juga boleh berdagang dengan perkampungan lain. Ia juga ada melibatkan peperangan.

Untuk memuat turun permainan ini, anda perlu memasang Uplay ke PC anda. Ia adalah klien untuk permainan oleh Ubisoft.

Uplay: Anno 1602


TIPS & ULASAN