Bulan Jun lepas, slaid untuk perkembangan Xbox One tertiris. Di dalam slaid tersebut ia memperlihatkan yang Microsoft akan bekerjasama dengan Razer untuk mengeluarkan tetikus dan papan kekunci khas untuk konsol mereka Xbox One.

Hari ini, Razer melalui laman rasmi mereka mengumumkan Razer Turret iaitu tetikus dan papan kekunci nirwayar untuk Xbox One. Ia menyertakan papan kekunci yang mempunyai tempat untuk tetikus yang akan memudahkan anda untuk menggunakannya walaupun tanpa meja.

Turret akan menggunakan sambungan nirwayar 2.4GHz menggunakan satu dongle, manakala bateri mempunyai ketahanan selama 40 jam selepas satu pengecasan penuh. Ia juga menggunakan teknologi Chroma  dan mereka juga sedang bekerjasama dengan pembangun untuk menjadikan Razer Chroma berfungsi bersama Xbox Dynamic Lighting.

Papan kekunci yang disediakan menggunakan switch mekanikal yang mempunyai ketahanan 80-juta kali keystrokes. Ia juga mempunyai kunci khas untuk mengakses Xbox One dashboard. Tetikus yang digunkana adalah berdasarkan Razer Mamba yang mempunyai ketahanan sehingga 50-juta tekanan.

Walaupun dibina untuk Xbox One, ia juga sepenuhnya boleh digunakan untuk PC. Setakat ini ia boleh di pra-tempah untuk pengguna di Amerika Syarikat dengan harga $249.99 (~RM1,046) manakala untuk pasaran global dijangkakan pada tahun 2019.

Sohor Kini