Informasi Permainan Video Terkini
Rovio Umum Permainan Realiti-Maya Angry Birds VR: Isle Of Pigs
PC

Rovio Umum Permainan Realiti-Maya Angry Birds VR: Isle Of Pigs

Diterbitkan pada Dis 20, 2018 oleh .

Francais Angry Birds sudah semestinya salah satu permainan yang sangat terkenal sebelum ini dengan pelbagai jenis bentuk permainan termasuklah filem dilancarkan berdasarkannya.

Terkini, dengan kerjasama Resolution Games, Rovio Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan membawa siri Angry Birds ke permainan realit-maya iaitu Angry Birds VR: Isle Of Pigs.

Berdasarkan siaran akhbar yang dikongsikan oleh mereka, permainan ini akan meletakkan pemain di pulau terbiar dimana pemain akan sekali lagi bertempur dengan khinzir hijau bersama-sama burung-burung Angry Birds.

Menurut Rovio, mereka juga akan melancarkannya di kesemua platform realiti-maya utama pada awal tahun hadapan. Namun mereka tidak menyatakan platform tersebut. Tetapi kami percaya ianya bakal tiba di HTC Vive, Oculus Rift dan juga Playstation VR.

Buat masa ini, tidak banyak informasi yang dikongsikan oleh Rovio berkenaan permainan tersebut dan seperti biasa kami akan kongsikannya setelah mereka umumkan kelak.


TIPS & ULASAN