Melalui akaun Twitter rasmi For Honor, Ubisoft memperacahkan satu video yang mana ianya memperlihatkan logo rasmi buat permainan Assassin’s Creed. Menurut video tersebut juga, mereka akan mengumumkannya secara rasmi pada lewat hari ini.
Nothing is true, everything is permitted. pic.twitter.com/6CSiROHvYF
— For Honor (@ForHonorGame) December 19, 2018
Sememangnya buat masa ini, tidak banyak informasi yang dikongsikan. Kami di Aksiz semestinya akan mengemaskini berita ini setelah Ubisoft mengumumkannya kelak.
Baru-baru ini Ubisoft juga mengumumkan bahawa akan sempena tahun hadapan, mereka akan melancarkan beberapa kandungan baharu sempena tahun ke-3 permainan tersebut. Melaluinya, mereka menyertakan bagi tahun 2019, mereka akan melancarkan 4 lagi watak baharu khas buat permainan tersebut.
Selain itu, Ubisoft juga melancarkan For Honor Complete Edition yang mana ianya menyertakan kesemua DLC yang dilancarkan sebelum ini bersama-sama pas musim untuk kandungan tahun ke-3 diatas. Edisi tersebut boleh dibeli dengan harga sekitar RM349.
For Honor merupakan permainan aksi pertempuran yang memfokuskan watak-watak pahlawan daripada pelbagai era. Walaupun ianya tidak mendapat sambutan ketika ianya dilancarkan sebelum ini, namun permainan ini terus mendapat sokongan Ubisoft dengan pelbagai kandungan baharu. Permainan ini sebelum ini juga dilaporkan mempunyai 10 juta permainan berdaftar.
Bagi anda yang berminat, For Honor telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.