Informasi Permainan Video Terkini
Snakebyte Umum Alat Kawalan Game:Pad 4 S Wireless Buat Playstation 4

Snakebyte Umum Alat Kawalan Game:Pad 4 S Wireless Buat Playstation 4

Diterbitkan pada Dis 20, 2018 oleh .

Snakebyte iaitu salah satu pengeluar alat kawalan dan kelengkapan permainan video hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan alat kawalan baharu buat Playstation 4, iaitu Game:Pad 4 S Wireless.

Game:Pad 4 S Wireless merupakan alat kawalan yang direka khas dimana ianya bukan sahaja boleh digunakan secara nirwayar melalui Bluetooth, malah ianya boleh digunakan secara berwayar buat mereka inginkan hubungan yang lebih pantas.

Tambahan itu, alat kawalan ini juga mempunyai pad sesentuh seperti alat kawalan asal Dualshock 4, bersama-sama getaran alat kawalan dan port sambungan audio. Menurut Snakebyte, alat kawalan ini akan tiba dengan empat pilihan warna iaitu putih, Camo Biru, Camo Merah Jambu dan warna hitam.

Alat kawalan ini merupakan variasi nirwayar buat Gamepad 4 S yang dilancarkan awal tahun ini dimana ianya dijual dengan harga sekitar RM150.

Menurut Snakebyte, alat kawalan ini akan dilancarkan bulan ini, namun dari segi harga dan jualannya di pasaran Malaysia, mereka masih belum mengumumkannya. Kami akan kongsikannya setelah kami mendapat informasi lanjut daripada mereka.


TIPS & ULASAN