Informasi Permainan Video Terkini
DLC The Pillar Untuk Shadow of the Tomb Raider Kini Boleh Dimuat-Turun
PC

DLC The Pillar Untuk Shadow of the Tomb Raider Kini Boleh Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Dis 20, 2018 oleh .

Square-Enix minggu ini akhirnya melancarkan DLC kedua buat Shadow Of The Tomb Raider iaitu The Pillar. DLC ini merupakan sebahagian daripada 7 DLC yang diumumkan sebelum ini dan ianya adalah sebahagian daripada pas musim permainan tersebut. Menarik ianya juga dijual secara berasingan.

Melalui DLC The Pillar ini, pemain akan mengembara di makam baharu iaitu Path of Huracan, dimana pemain akan meneroka legenda Maya. Terdapat pelbagai halangan dan cabaran baru melalui makam tersebut dan pemain juga berpeluang untuk mendapatkan kostum Sinchi Chiqa Battle Dress khas buat Lara Croft bersama-sama panah baharu.

Sebelum ini, Square-Enix juga melancarkan DLC The Forge buat permainan ini dan ianya boleh dimain secara solo ataupun multi-pemain.

DLC The Pillar boleh didapati melalui pas musim permainan tersebut dengan harga RM95 bagi Playstation 4. Manakala ianya juga dijual secara berasingan dengan harga RM15.

Shadow Of The Tomb Raider merupakan permainan ketiga buat siri trilogi Tomb Raider yang diolah semula oleh Square-Enix. Ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC. Kami di Aksiz juga telahpun mengulasnya dimana anda boleh membacanya dibawah.

Ulasan Shadow of the Tomb Raider – Bentuk Permainan Yang Menarik Terganggu Dengan Prestasi Permainan


TIPS & ULASAN